MELAKA
Assalamualaikum…pertama -tama sekali nak bagitau yang ni my 1st blog..so banyak la kekurangannya..tp harap-harapnya dapat la menggembirakan para tetamu yang sudi datang menyinggah baca blog i ni…
Cerita pertama yang nak dikongsi dalam blog yang baru di buat ni, tentang pengalaman bercuti ke Melaka pada hujung minggu yang lepas, 27 & 28 Jun 2009….Nak dijadikan cerita, kami nak pergi kenduri kawan sekerja di kem, tapi, tiba-tiba nak dijadikan cerita datang pulak idea nak bercuti kat sana…Yela, bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke panggal lengan…
Kami bertolak jam 10 pagi dari Sepang..Tiba di tempat kenduri sekitar jam 11.30 pagi..Apalagi, perut tengah lapar, tak sarapan, lepas je bagi hadiah dengan ambil gambar pengantin, kami dengan tak cakap banyaknya pergi la makan.
tapi sebelum tu, nak bagitahu, ni la pengantinnya…Jamira Azura.
selesai je ambil gambar dia, kami pun pergi la makan.,,,
ha ni Kak Roha dan Kak Daisy…seronok tengok dia makan..
ni kak syakira, kak rosiah and kak yus…. ni semua cikgu-cikgu kat kem tempat keja i….
bila perut kenyang,,kita posing la kan…baru syok..selesai je makan, kami pun pergi la jumpa pengantin, nak minta izin nak balik, maklumlah, perut pun dah kenyang…apa lagi cabut la…hehe,,,kejam kan…
bergambar kenangan dengan pengantin…sambil-sambil tu nak ambil berkat, mana la tahu kan…”turn” kita pulak kan…huhuhu..
Balik aje dari majlis tu, kami pun teruskan planning kami, kami pergi cari bilik untuk menginap pada malam tu, alhamdulillah….pencarian kami tidak lama, apabila kami dapat menyewa di sebuah bilik yang terletak di Pengkalan Balak,Masjid Tanah..
Dengan kadar sewa rm 70 untuk satu malam, kami dapat bilik yang selesa, siap dengan penghawa dingin lagi.. not bad la…kami sangat berpuashati..untuk 3 orang, sememangnya menepati bajet yang dikehendaki..
Ha…ini lah biliknya…ok kan..
rasanya sampai sini sahaja untuk hari ini,bantal dah memanggil dah tu…nanti i sambung kembali cerita melaka….assalamualaikum






